fbpx

‘Sandwich bakon paling sedih’ berharga RM27

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandwic bakon yang disaji dalam sebuah penerbangan Ryanair -Twitter

DUBLIN – Seorang wanita yang pergi melancong mendedahkan hidangan digelar ‘sandwic bakon paling sedih di dunia’ yang disajikan ketika dia menaiki penerbangan Ryanair dan berharga £4.70  (RM27), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Liz Nugent yang merupakan seorang penulis novel kelahiran Dublin memuat naik foto sandwic tersebut yang dipesan rakannya dalam sebuah pesawat Jumaat lalu.

“Rakan saya, Aimee membayar £4.70 untuk sandwich bakon ini. Saya sedang menilai adakah ia layak digelar sandwic,” demikian ciapan ditulis Nugent pada foto sandwic tersebut yang dimuat naik.

Dia juga turut bergurau dengan mengatakan menikmati sandwic dengan hanya dua keping bacon bersaiz kecil itu merupakan satu ‘pengalaman kulinari’.

Foto tersebut mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Sandwic bakon yang paling menyedihkan di dunia,” demikian tulis seorang netizen.

“Sandwic ini kelihatan seperti sedang disediakan oleh seseorang yang berasa jengkel,” tulis seorang lagi netizen.

Aimee tetap makan sandwic tersebut dan turut memuji perkhidmatan yang diterima daripada kru penerbangan pesawat itu.

“Penerbangan tersebut indah dan kru penerbangan semuanya memberikan perkhidmatan bermutu. Saya cuma fikir sandwic tersebut agak mahal, namun tetap memakannya.

“Saya juga tidak fikir orang akan menempah tiket penerbangan kerana kualiti sandwic yang disaji,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI