fbpx

Individu dakwa lihat ‘armada’ UFO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna itu mendakwa cahaya tersebut kelihatan seperti berada dalam satu ‘corak pesawat secara rawak’ dan kemudiannya memecut dengan tiba-tiba. – Daily Star

NASHVILLE, TENNESSEE – Penduduk di negeri Tennessee, Amerika Syarikat gempar apabila seorang individu mendakwa melihat  beberapa cahaya di langit yang didakwa berasal daripada objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Daily Star semalam.

Individu tersebut yang memuat naik video kejadian di platform perkongsian Reddit mendakwa, insiden  awal pagi itu berkemungkinan fenomena UFO meskipun kapal angkasa tersebut tidak kelihatan.

Dia yang menggunakan akaun CallMeClinton, turut menjelaskan bahawa cahaya-cahaya  tersebut  berada dalam ‘corak pesawat yang terbang secara rawak’ sebelum memecut dengan tiba-tiba lalu hilang daripada pandangan.

“Ada sesiapa di Nashville yang melihat cahaya ini sekarang? 

“Saya berasakan saya tidak cukup bertuah kerana tidak dapat melihat UFO, jadi saya memerlukan pandangan orang lain yang mungkin melihatnya,” tulisnya dalam laman perkongsian tersebut.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna lain dengan ada yang mempercayai dakwaan individu berkenaan dan ada yang meraguinya.

“Anda amat bertuah kerana dapat merakam video beberapa buah UFO,” komen seorang pengguna.

“Saya tidak tahu mengapa orang sering membuat andaian pertama bahawa video seperti ini adalah kapal angkasa makhluk asing. Maafkan saya, namun saya berpendapat pergerakannya kelihatan seperti kawanan kelawar,” komen seorang lagi pengguna. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI