fbpx

Ucapan sulung PM ke-9 pukul 3 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah di Istana Negara semalam. – IHSAN ISTANA NEGARA

PETALING JAYA – Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan menyampaikan Ucapan Perdana pada pukul 3 petang hari ini.

Ucapan tersebut akan disiarkan di saluran 501 Astro Awani selain dipaparkan secara langsung di laman web astroawani.com dan seluruh platform media sosial Astro Awani.

Semalam, Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pelantikan Ismail Sabri mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI