fbpx

12,000 penjaja, peniaga di Pulau Pinang bakal terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAGDEEP SINGH DEO (depan tiga dari kanan) meninjau Komples dan Pasar Teluk Kumbar Height, Teluk Kumbar di Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – Seramai kira-kira 12,000 penjaja dan peniaga di negeri ini bakal menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAC) yang bermula pada 30 Ogos hingga 2 September ini.

Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, tujuan utama adalah untuk membantu kelancaran program vaksinasi bagi mengurangkan beban tugas pasukan barisan hadapan melalui khidmat sukarelawan.

“Kapasiti bilangan penjaja dan peniaga yang dijangka akan divaksin adalah di antara 250 hingga 300 orang sehari di lima daerah di negeri ini dan 10 buah bas MOVAC akan digunakan.

“Secara keseluruhannya, seramai 10,000 hingga 12,000 orang penjaja dan peniaga dijangka divaksin di lima daerah untuk tempoh empat hari program ini berlangsung,” katanya selepas meninjau Kompleks dan Pasar Teluk Kumbar Height di sini yang turut dihadiri Datuk Bandar MBPP, Ar. Yew Tung Seang.

Beliau berkata, lokasi program MOVAC membabitkan Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, Butterworth; Kompleks Sukan Jalan Betek, Bukit Mertajam; Stadium Batu Kawan; Stadium Bandaraya, George Town dan Dewan Perda, Teluk Kumbar. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI