fbpx
Operasi SAR dua lagi mangsa kepala air di Yan diteruskan hari ini.

SAR dua lagi mangsa hilang diteruskan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR)  dua lagi  mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan dekat sini kelmarin diteruskan pada pukul 8 pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, operasi dibahagikan kepada dua pasukan pencarian iaitu SAR Salak Denai dan SAR Titi Hayun.

“Pasukan Penyelamat JBPM Kedah dibantu oleh Unit Anjing Pengesan (K9), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), polis, Angkatan Pertahanan Awam , Jabatan Sukarelawan Malaysia dan malim gunung.

“Pencarian bermula dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sehingga ke muara sungai yang sejauh 3.5 kilometer (km). SAR agak sukar memandang struktur muka bumi di kawasan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, SAR tersebut dipergiatkan pagi ini dan akan diteruskan sehingga lewat petang bergantung kepada keadaan cuaca.

“Saya mengarahkan semua anggota SAR mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka kepada keadaan cuaca di kawasan berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan SAR sehingga ke laut sekiranya operasi hari ini gagal menemui mangsa di kawasan berkenaan.

Setakat ini empat dilaporkan terkorban manakala dua lagi masih hilang dalam tragedi kepala air di kawasan berkenaan, Rabu lepas. Dua mangsa yang dilaporkan hilang dikenal pasti sebagai  Ridwan Poniman dan Ku Shuib Ku Abdullah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI