fbpx

Lakukan hubungan intim dalam ambulans, dua petugas kesihatan dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua pekerja tersebut ditangkap sedang menalukan hubungan seks dalam sebuah ambulans. -Solent

LONDON – Dua petugas kesihatan unit  kecemasan di Britain dipecat selepas ditangkap melakukan hubungan seks di bahagian belakang sebuah ambulans, lapor akhbar The Sun semalam.

Salah seorang pelaku tersebut, Emma Croydon dilihat memandu kenderaan miliknya ke tempat meletak kenderaan kelab bola sepak Portsmouth FC sebelum masuk ke bahagian belakang sebuah ambulans bersama pemandunya.

Ketika dua pengawal keselamatan mendekati ambulans tersebut, mereka terkejut apabila mendapati Emma dan lelaki tersebut sedang menanggalkan pakaian.

Insiden itu disiasat dan kedua-dua mereka dipecat atas kesalahan salah laku.

Emma bagaimanapun berkata, pengawal keselamatan telah menipu tentang apa yang dilihat mereka.

Ketika kejadian, Emma yang merupakan penjaga ambulans tersebut dikatakan mengambil cuti sakit apabila petugas keselamatan mendakwa melihat kenderaan itu masuk ke dalam stadium bola sepak Fratton Park di mana satu unit pusat pemindahan darah sedang beroperasi.

Kedua-dua ambulans dan kenderaan Emma diparkir bersebelahan antara satu sama lain sebelum dia  dilihat masuk ke dalam ambulans tersebut. 

Panel menggugurkan dakwaan Emma dengan mengatakan bahawa dia tidak percaya pengawal keselamatan itu menipu, malah perbuatan kedua-duanya turut dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV). – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN