fbpx

Altica sumbang kit ujian antibodi kepada HCTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASNAWI (kiri) bersama Mohamed Salleh (dua dari kanan) pada majlis penyerahan sumbangan Core tests di HCTM baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pembekal alat perubatan, Altica Sdn. Bhd. (Altica) menyumbang 1,000 kit ujian Co­vid-19, Core tests Neutralizing Antibody (Core tests) yang berfungsi mengesan keha­diran antibodi peneutralan buat petugas barisan hadapan yang telah menerima vaksin lengkap di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) .

Pengarahnya, Dr. Asnawi Ahmad berkata, ujian tersebut penting bagi memastikan kadar antibodi peneutralan yang dihasilkan selepas dos vaksinasi lengkap sentiasa berada pada tahap optimum dan mempu melindungi petugas.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu petugas barisan hadapan HCTM memastikan mereka sentiasa mempunyai sistem imun yang optimum ketika membantu pesakit.

“Kit ujian Core tests adalah antara yang pertama seum­pamanya di Malaysia dan telah melalui ujian penilaian di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia pada Mei lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut di HCTM baru-baru ini.

Sumbangan kit ujian bernilai RM40,000 itu diserahkan kepada Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, Prof. Datuk Dr. Hanafiah Harunarashid oleh Pengerusi Altica, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yassin.

Asnawi menambah, penilaian IMR mendapati keputusan analisis terhadap Core tests mencapai tahap sensitiviti dan ketepatan sebanyak 100 peratus.

“Maknanya alat ini sangat sensitif dan spesifik secara kualitatif untuk mengetahui kehadiran antibodi peneutralan seseorang yang pernah dijangkiti virus Co­vid-19.

“Pengguna juga boleh men­getahui mengenai kadar antibodi peneutralan yang cukup setelah pemberian vaksin lengkap,” ujarnya.

Tambah beliau, cara penggunaan ujian kit itu juga mudah iaitu dengan hanya memerlukan dua hingga tiga titis darah di ­ruang sampel.

Keputusannya boleh diketahui dalam tempoh lebih kurang 10 hingga 15 minit sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI