fbpx

31 ahli SSR dikompaun berhimpun di Dataran Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ahli SSR yang didapati berhimpun di Dataran Merdeka, dekat sini semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dikompaun sebanyak RM62,000 selepas didapati berhimpun di Dataran Merdeka, di sini semalam.

Difahamkan, kumpulan terbabit berhimpun kira-kira pukul 8 malam sempena program memperingati mereka yang telah gugur akibat pandemik Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua 31 ahli SSR itu didapati sedang berhimpun sambil membakar lilin dan memegang kain rentang bertulis ‘Belasungkawa Jiwa-Jiwa Yang Telah Pergi’.

“Kesemua yang terlibat di dalam perhimpunan tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan.

“Polis telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012(Perhimpunan tanpa notis), Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Mereka turut dikenakan tindakan mengikut Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit PPN (No 2) 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, kesemua yang terlibat telah dikenakan kompaun sebaik sahaja keterangan selesai diambil.

“Nilai kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak RM2,000 setiap seorang,” jelasnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI