fbpx
Kenderaan pacuan 4x4 yang dipercayai membawa pendakwah bebas masuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebentar tadi. - Foto oleh MOHD. FIKRI FADZIL

[VIDEO] Pendakwah terkenal tiba di Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ustaz yang juga pendakwah terkenal tiba bagi memberi keterangan ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman pagi ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, keterangan daripada lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai diperlukan bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Satu kenyataan dijangka dikeluarkan berhubung perkara tersebut hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI