fbpx

Rugi jadi antivaksin – doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kenyataan di Twitter Imelda.

PETALING JAYA – Satu kerugian bagi mereka yang menolak suntikan vaksin Covid-19 kerana terpengaruh dengan maklumat yang tidak tempat.

Pakar Perubatan, Dr. Imelda Balchin melalui Twitternya berkata, kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital mencatatkan perbezaan yang besar antara individu yang lengkap dua dos vaksin dan yang tidak divaksin.

“Sangat besar perbezaannya risiko di antara mereka yang telah terima dua dos vaksin dan mereka yang belum terima dua dos vaksin.

“Rugi jadi anti vaksin,” ciapnya.

Menurutnya, pada 17 Ogos, dari jumlah 13,077 kematian Covid-19 di Malaysia, hanya empat orang yang sudah menerima vaksin meninggal dunia akibat Covid-18.

“Tetapi 13,073 kematian Covid-19 tidak mendapat dua dos vaksin. Inilah bukti kesan vaksin dalam menangani wabak ini,” katanya.

Perkongsian Imelda mendapat pelbagai reaksi daripa pengguna media sosial yang rata-ratanya menyokong kepentingan mengambil dos vaksin Covid-19.

“Bukan setakat rugi untuk diri sendiri kalau jadi anti vaksin, bahkan menyusahkan orang sekeliling dan keluarga,” kata Naufal.

“Saya dah lengkap dua dos vaksin pun masih takut dengan pelbagai varian baharu lagi yang mengganas. Macam mana yang anti vaksin ini hidup?,” soal Asikin.

“Ada kawan aku kata tak nak vaksin sebab dia kata lagi dua tahun semua yang ambil vaksin akan mati. Kenapa nak risaukan dua tahun lagi macam sekarang ini tak boleh mati pula,” kata Nazirah. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI