fbpx

Maqis rampas 25 tan ayam sejuk beku dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian keratan ayam sejuk beku yang dirampas di ICQS Bukit Kayu Hitam pada Jumaat lalu.

BUKIT KAYU HITAM – Sebanyak 25 tan keratan ayam sejuk beku dari Thailand dirampas kerana cuba dibawa masuk ke negara ini dengan menggunakan dokumen mengelirukan pada Jumaat lalu.

Rampasan dilakukan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada pukul 4 petang

Maqis dalam satu kenyataan hari ini berkata, hasil pemeriksaan rutin dilakukan pegawai penguat kuasanya menemui 2,084 kotak mengandungi keratan ayam sejuk beku seberat kira-kira 25 tan yang disusun dalam sebuah kontena

“Keratan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM250,000 itu disyaki cuba dibawa masuk ke negara ini dengan mengemukakan maklumat tidak tepat dan dokumen mengelirukan.

“Tarikh tamat tempoh pada produk tersebut didapati tidak sama dengan tarikh yang diisytiharkan pada sijil kesihatan veterinar,” katanya.

Kata kenyataan itu, kesemua barangan berkenaan dirampas untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI