fbpx

Vida minta maaf isu promosi ‘produk Siti Sarah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar luahan hati Vida setelah dikecam teruk kerana mengaitkan nama Allahyarham Siti Sarah dalam sebuah video bercerita tantang produk keluarannya.

NAIK simpati pula Diva apabila usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida teruk dihentam dan dikecam netizen berhubung isu ambil kesempatan mempromosikan produk yang ada kaitan dengan Allahyarham Siti Sarah.

Beberapa hari selepas Siti Sarah meninggal dunia, Vida ada berkongsi momen kenangan bersama penyanyi itu dan mempromosikan sejenis produk makanan ringan pada akhir video tersebut.

Gara-gara itu, netizen terus hentam tuan punya badan sebab dikatakan tidak sensitif. Tapi Vida sabar dan memahami emosi netizen yang tidak memahami maksud penyampaian videonya.

Kata Vida, dia sebenarnya tidak ada niat untuk menggunakan isu arwah Siti Sarah yang sedang menjadi perhatian ramai untuk mempromosikan produk tersebut, sebaliknya sekadar ingin berkongsi perkara yang telah dirancang bersama, namun tidak kesampaian.

Nasib baik Vida jenis pemaaf dan sedia memaafkan insan-insan yang telah menuding jari menuduhnya yang bukan-bukan. Sendiri pun minta maaf.

Untuk netizen, janganlah terlalu cepat menjatuhkan hukum dan kalau boleh, cubalah berfikiran positif jangan asyik menghentam sahaja.

DIVA: Lengkap dua dos vaksin bukan tiket untuk bebas ya semua, kes masih tinggi, berhati-hati semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI