fbpx

Messi, Ronaldo bakal rakan sepasukan di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kanan) dan Ronaldo mungkin akan bermain dalam satu pasukan jika PSG sedia mendapatkan khidmat Ronaldo bagi mengisi kekosongan Mbappe yang sedia meninggalkan kelab itu. – AFP

PARIS – Kelab gergasi Liga Pe­rancis, Paris Saint-Germain (PSG) bersedia untuk memastikan impian bagi menyaksikan dua pemain bola sepak terbaik dunia iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo beraksi dalam pasukan yang mana menjadi kenyataan pada masa terdekat.

Sebagai rekod, PSG telah mencipta sensasi tersendiri apabila mengesahkan kehadiran Messi di Kota Paris selepas ditandatangani daripada kelab Barcelona dengan perpindahan percuma pada minggu ini.

Difahamkan, kehadiran Messi ke kelab mewah tersebut bagaimanapun tidak disenangi oleh bintang muda PSG, Kylian Mbappe sekali gus memberi ba­yangan untuk berhijrah sebelum jendela perpindahan berakhir pada bulan ini.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mengesahkan Mbappe tidak akan dijual ketika ini tetapi pada masa sama situasi tetap terbuka dengan sebarang kemungkinan memandangkan kontrak penyerang antarabangsa Perancis itu akan berakhir pada tahun depan.

Antara kelab yang cukup berminat untuk menandatangani khidmat Mbappe adalah Real Madrid dan Liverpool tetapi pemain berusia 23 tahun itu lebih cenderung untuk menyertai The Galacticos.

Justeru, PSG sudah menemui alternatif seandainya Mbappe mendesak untuk berhijrah dengan menjadikan Ronaldo yang mewakili kelab Serie A, Juventus sebagai sasaran utama untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan Mbappe.

Sekiranya penghijrahan itu menjadi kenyataan, PSG bakal memiliki jentera saringan paling berbisa di dunia dengan gandingan Messi, Ronaldo selain pe­nyerang antarabangsa Brazil, Neymar.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes sebelum ini turut memantau sebarang kemungkinan jika ada mana-mana pasukan yang minat untuk menandatangani pemain berusia 36 tahun itu selepas kontraknya bersama Juventus hanya berbaki semusim lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI