fbpx

6,500 kakitangan projek ECRL divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPV PIKAS. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kira-kira 6,500 kakitangan dan pekerja tapak binaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menerima vaksin melalui Program Imunisasi Industri Covid-19, kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berkata, program vaksinasi itu dilaksanakan menggunakan tiga buah kem induk ECRL di negeri-negeri Pantai Timur sebagai Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN).

“MRL, sebagai pemilik projek ECRL, bersyukur dengan keputusan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) yang telah meluluskan permohonan cadangan penggunaan tiga kem induk ECRL untuk beroperasi sebagai PPVIN selain turut menyediakan bekalan vaksin yang mencukupi untuk tujuan vaksinasi kakitangan ECRL.

“Kelulusan tersebut membolehkan pemberian suntikan dos pertama kepada pekerja-pekerja ECRL pada bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kem-kem induk ECRL di Dungun dan Chukai, Terengganu serta Maran, Pahang akan beroperasi sebagai PPVIN selaras dengan strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam memastikan sektor ekonomi kembali pulih menjelang hujung tahun ini.

Isham berkata, MRL bersama-sama dengan kontraktor utama projek ECRL, China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCC-ECRL) akan menanggung semua kos proses vaksinasi bagi pekerja-pekerja ECRL termasuk caj penyediaan PPVIN dan yuran pentadbiran kepada pihak am serta swasta yang terlibat.

“Projek ECRL berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberikan vaksin percuma kepada rakyat dan pada masa yang sama memberi peluang kepada projek ECRL untuk meningkatkan kesedaran vaksinasi dalam kalangan tenaga kerjanya,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI