fbpx

Ladang buah, kilang sambung bekalan air secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa memeriksa saluran bekalan air yang dilakukan secara haram di sekitar daerah Port Dickson dan kawasan Perindustrian Nilai.

SEREMBAN – Ladang tanaman buah naga dan kilang pembuatan dan pembekalan perabot antara tumpuan Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melaksanakan operasi kegiatan sambungan bekalan air terawat secara tidak sah.

Menurut kenyataan SPAN, bertindak atas aduan pihaknya bersama Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telak melaksanakan operasai penguatkuasaan terhadap kegiatan itu di sekitar daerah Port Dickson dan Kawasan Perindustrian Nilai di sini.

Katanya, sambungan bekalan air tidak sah tersebut disyaki menyalurkan bekalan air ke kawasan berkenaan untuk kegunaan operasi dan aktiviti harian di kawasan tersebut.

“Hasil ujian klorin yang dibuat di lokasi kejadian mengesahkan bahawa bekalan air yang diterima merupakan air terawat yang datangnya daripada sumber bekalan air milik SAINS.

“Kes di siasat dibawah peruntukan Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dimana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan itu di sini semalam.

Tambahnya, notis pemberitahuan kesalahan berkenaan telah dikeluarkan kepada pemilik yang terlibat.

“Dalam masa sama, pihak operator akan mengeluarkan tuntutan kepada pemilik ladang dan kilang bagi jumlah kerugian yang dialami,” tambahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN