fbpx

Izara Aishah padam semua gambar tak bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZARA AISHAH berkongsi gambar bertudung dan menutup ruangan komen dalam Instagramnya.

PETALING JAYA – Pelakon Izara Aishah mengejutkan orang ramai apabila bertindak memadam semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung dari laman Instagram miliknya.

Izara atau nama lengkapnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin berkongsi beberapa keping gambar terbaharu bertudung labuh sekali gus memberi bayangan dirinya sudah bertudung penuh.

Manis mengenakan busana muslimah berona perang, isteri kepada anak tiri kepada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid itu bagaimanapun menutup ruangan komen dan tidak meninggalkan sebarang kapsyen pada foto yang dimuat naik.

Dalam gelanggang Twitter, ramai netizen mula bercakap tentang perubahan yang dilakukan ibu kepada Irisa Alaia itu.

“Cantiknya Masya-Allah. Seindah namanya Izara Aishah,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Stalk IG Izara Aishah, dah tiada gambar dia yang tidak menutup aurat, alhamdulillah.

“Ya Allah, permudahkan urusan semua hamba-Mu yang sedang perbaiki dirinya untuk menjadi yang lebih baik, soleh dan solehah,” ciap seorang pengguna lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI