fbpx

Malaysia terus jalin kerjasama negara kuasa dunia, kekal bersuara tentang kezaliman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR ketika berucap pada Majlis Penutup Fotum Nikkei Medini Johor di Sunway Bigbox, Iskandar Puteri hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Malaysia akan terus menjalin kerjasama ekonomi dengan negara-negara kuasa dunia meskipun negara tersebut berada dalam blok atau pakatan bertentangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, itu merupakan hak Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang berasaskan perdagangan.

Bagaimanapun katanya, Malaysia juga akan kekal bersuara menentang kezaliman dunia khususnya melibatkan pergolakan antarabangsa.

“Tiada sesiapa boleh tentukan kerjasama kita sama ada dengan Amerika Syarikat (AS), China atau Jepun, ink kerana kita merupakan negara perdagangan.

“Namun begitu walaupun kita negara kecil, kita tidak takut dan tidak akan berdiam diri dalam isu di Gaza, Ukraine mahupun di Iran ketika ini. Kita teguh menyokong keamanan dunia,” katanya ketika berucap menutup Forum Nikkei Medini Johor yang diadakan di Sunway Bigbox, di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han dan Duta Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata.

“Sebagai contoh hubungan dengan AS, sehingga kini 60 peratus produk semikonduktor serta sektor elektrik dan elektronik Malaysia dieksport ke AS. Jadi walaupun berdepan tarif, kita perlu kekalkan kerjasama ekonomi kukuh dengan mereka.

“Sama juga dengan China, walaupun berdepan isu ketegangan Laut China Selatan, namun kita tetap berhubungan baik sehingga Presiden China, Xi Jinping dan Premier China, Li Qiang berkunjung ke negara ini,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI