fbpx

HLB selesai pensekuritian RM300 juta kepada Cagamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) telah menyelesaikan proses pensekuritian lestari berjumlah RM300 juta kepada Perbadanan Gadai Janji Nasional, Cagamas Bhd.

Urus niaga tersebut melibatkan pensekuritian selama tiga tahun bernilai RM200 juta daripada Hong Leong Bank dan RM100 juta daripada Hong Leong Islamic Bank untuk pinjaman dan pembiayaan rumah mampu milik.

Aset pembiayaan rumah mampu milik daripada HLB itu adalah antara aset lestari yang layak dan memenuhi kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) Cagamas yang ketat.

Transasksi itu juga membo­lehkan pihak Cagamas menyelesaikan penerbitan berganda sulung mereka melibatkan Sukuk SRI Kelestarian ASEAN dan Bon Kelestarian ASEAN di bawah program nota jangka sederhana Islamik/konvensional mereka yang bernilai RM60 bilion.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Dominic Fuda berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada agenda kelestarian pihak bank, yang merangkumi penyatuan pertimbangan ESG dalam rantaian nilai produk perbankan bagi memberi kesan positif kepada persekitaran dan sosial.

“Dalam industri kewangan, terdapat permintaan yang me­ningkat daripada pelabur dan pelanggan untuk produk kewangan dan pelaburan mampan, termasuk pembiayaan untuk perumahan mampu milik.

“Hal ini telah membawa kepada transaksi berfokus pada ESG ini, ia merupakan ini­siatif untuk mempromosi dan mengembangkan pasaran bon berasaskan ringgit dengan penawaran bon/sukuk yang mampan dari segi sosial dan berkualiti tinggi.

“Ia juga akan menarik pelabur yang membawa mandat ESG untuk menggunakan modal mereka ke arah pelaburan yang bertanggungjawab secara sosial dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Fuda, HLB akan te­rus mencari kaedah bagi me­laksanakan pensekuritian yang lestari untuk jenis pembiayaan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI