fbpx

Sancho turun hadapi Leeds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO mula menyertai sesi latihan bersama United sejak Isnin lalu dan bersedia diturunkan pada aksi menentang Leeds. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan bahawa beliau akan menyenaraikan bintang baharunya, Jadon Sancho dalam pertemuan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Leeds United Sabtu ini.

Pemain antarabangsa England itu turun menjalani latihan bersama pasukan baharunya sejak Isnin lalu selepas melengkapkan perpindahannya dari Borussia Dortmund pada 23 Julai lalu.

Minggu lalu, Solskjaer memberi bayangan bahawa Sancho dan seorang lagi pemain baharu mereka, Raphael Varane mungkin akan diletakkan di bangku simpanan terlebih dahulu pada aksi pembukaan tersebut.

Bagaimanapun, beliau me­nukar fikiran apabila bersedia untuk menurunkan Sancho yang akan bergandingan bersama Bruno Fernandes dan Anthony Martial untuk membentuk jentera serangan United pada aksi itu nanti.

“Jadon sudah menyertai sesi latihan sejak Isnin lalu dan saya harap dia segera menyesuaikan diri dan bersedia untuk diturunkan pada perlawanan menentang Leeds nanti,” kata Solskjaer.

Sebelum tiba di Old Trafford, Sancho menghabiskan tempoh empat tahun dengan cukup berjaya di Bundesliga bersama Dortmund apabila menjaringkan 50 gol serta 57 umpanan dalam 137 penampilannya.

“Peluang untuk menyertai United adalah seperti impian yang menjadi kenyataan. Saya sudah tidak sabar untuk bermain bersama pasukan ini dan memburu kejayaan.

“United memiliki skuad yang muda dan saya fikir kami akan bersama-sama membangunkan pasukan ini bagi memburu kejayaan untuk dihadiahkan kepada para peminat,” jelas­ Sancho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI