fbpx

MAFI Prihatin bantu 71,491 penerima di 400 lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (kiri) menunjukkan tanda bagus sebagai simbolik penyerahan sumbangan bakul makanan MAFI Prihatin CSR Rakan Strategik DOF di perkarangan Wisma Tani hari ini. - GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah menyalurkan bantuan mencecah RM5.4 juta kepada penerima kumpulan sasar di bawah Program MAFI Prihatin yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, sejak 1 Jun hingga 8 Ogos tahun ini, seramai 71,491 orang penerima di 400 buah lokasi seluruh negara telah menerima manfaat bantuan tersebut.

Menurutnya, program itu yang dilaksanakan dengan kerjasama semua jabatan dan agensi di bawah MAFI akan diteruskan bagi membolehkan lebih banyak golongan sasar  terdiri daripada pasukan barisan hadapan, badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapat manfaat.

“Bantuan MAFI Prihatin juga diberikan kepada golongan yang terkesan akibat banjir dan bencana alam serta badan kebajikan dan NGO yang memerlukan,” katanya pada Program MAFI Prihatin Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Rakan Strategik Jabatan Perikanan (DOF) di Wisma Tani hari ini.

Ronald berkata, sebanyak 11 rakan strategik Jabatan Perikanan (DOF) telah menyerahkan sumbangan bakul makanan yang bernilai kira-kira RM34,000 untuk agihan.

“Lokasi pertama penyerahan bakul makanan MAFI Prihatin DOF ini akan diadakan di Pulau Tioman, Pahang kemudian disusuli Port Dickson, Negeri Sembilan dan gugusan Kepulauan Lima, Johor,” katanya.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 630 bakul makanan akan diserahkan kepada kumpulan sasar sektor perikanan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI