fbpx

E! News pun siar kisah Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERITA tentang Siti Sarah yang tersiar dalam E! News.

PETALING JAYA – Selepas BBC News, News Weekly, Independent UK dan People Magazine, berita pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin turut dikongsikan platform hiburan dan gaya hidup popular yang berpangkalan di Amerika Syarikat, E! News, malam tadi.

Berita eonline.com yang turut dikongsi di Instagram yang mempunyai lebih 17 juta pengikut selain di Twitter @enews itu dipetik daripada artikel terbitan akhbar berbahasa Inggeris tempatan dengan tajuk ‘Malaysian singer Siti Sarah Raissuddin dies of Coronavirus after giving birth’.

Hantaran berkenaan turut memaparkan gambar penyanyi itu bersama kapsyen menyentuh hati yang menyatakan komuniti muzik kini kehilangan seorang bintang.

Nyata pemergian anak seni yang berjuang melawan Covid-19 hingga akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan bayinya dalam keadaan diri ditidurkan menyuntik rasa syahdu ramai

Walaupun tidak mengenali penyanyi berbakat besar ini, rata-rata komen di hantaran berkenaan menzahirkan perasaan sayu terutama mengenangkan empat cahaya mata yang ditinggalkan.

Menerusi komen ditinggalkan pengikut @enews itu, ramai berharap keluarga Allahyarham terutama suaminya, Shuib atau Shahmira Muhamad, 36, tabah menjaga permata hati mereka berdua.

Malah selain layangan ucapan takziah, ada yang turut berkongsi pengalaman kehilangan insan tersayang atau sedang menunggu perkembangan positif orang terdekat yang terlantar di hospital disebabkan serangan virus jahat itu.

Isnin lalu, Siti Sarah, 36, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM HCTM.

Sebelum itu, Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu, pada hari sama sepatutnya dia memotong gelang kuarantin.

Keluarga penyanyi itu termasuk suaminya dan tiga anak serta pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Siti Sarah kemudian ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.

Selain bayi yang dilahirkan ketika baharu memasuki bulan ke lapan dalam kandungan, perkahwinan pasangan itu turut diserikan Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6, tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI