fbpx

Ustaz Budak didakwa lagi kes cabul remaja lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk proses reman pada Jumaat lalu.

PASIR MAS – Seorang penceramah bebas yang dikenali sebagai Ustaz Budak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang remaja lelaki berusia 13 tahun minggu lalu.

Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Bagaimanapun, prosiding pertuduhan kes itu terpaksa dijalankan secara dalam talian selepas tertuduh bergejala jangkitan Covid-19 sewaktu menjalani tempoh reman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga merupakan pengurus pondok didakwa dengan maksud seksual telah meraba seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di dalam sebuah bilik tidur di dalam sebuah rumah di Tanah Merah kira-kira pukul 9.45 pagi pada 3 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam, Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Terdahulu, Hajarul Falenna tidak mencadangkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh ekoran ia melibatkan kes cabul terhadap remaja.

Ahmad Adha dalam rayuannya memohon jaminan yang minimum diberikan kepada anak guamnya.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh selain menetapkan tarikh 19 September depan untuk sebutan semula kes dan laporan perubatan mangsa.-K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI