fbpx

Tiada keperluan cetak kad digital lengkap divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (kanan) memberi suntikan vaksin kepada penerima vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan KEMAS Gopeng hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

GOPENG – Tiada keperluan untuk mencetak sijil digital pengesahan bagi individu yang telah lengkap disuntik vaksin Covid-19.

Sebaliknya hanya perlu menunjukkan sijil digital dalam aplikasi MySejahtera kepada penguat kuasa apabila diminta.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, setiap individu yang lengkap divaksin juga ada menerima kad vaksinasi sebagai dokumen telah disuntik.

Menurut beliau, ketika ini hanya itu sahaja SOP yang ditetapkan kepada penerima vaksinasi lengkap sekiranya perlu menunjukkan bukti untuk melakukan aktiviti yang dibenarkan.

“Berhubung dakwaan sijil digital palsu, siasatan akan dijalankan bagi memastikan kesahihannya sekali gus membolehkan tindakan segera diambil.

“Penjualan adalah satu penipuan sedangkan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah mengeluarkan perolehan kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan sijil berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam Dewan Kemas Gopeng di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI