fbpx

Nelayan hilang belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa, Ishak Muda, 60, yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika keluar menangkap ikan di perairan timur Gebeng, di Kuantan 8 Ogos lalu.

KUANTAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dipercayai terjatuh ketika keluar menangkap ikan di perairan Gebeng, di sini, sejak 8 Ogos lalu masih menemui jalan buntu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, operasi SAR sudah memasuki hari ketiga hari ini.

“Operasi pencarian dilakukan di laut dan di udara membabitkan aset APMM, Pasukan Polis Marin (PPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan enam bot nelayan tempatan.

“Keluasan sektor pencarian hari ini ialah sekitar 380.1 batu nautika persegi merangkumi sektor laut dan udara,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 8 Ogos lalu seorang nelayan, Ishak Muda, 57, dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika keluar menangkap ikan di perairan Gebeng di sini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI