fbpx

EON perkenal laman web serba baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara promosi yang sedang berjalan untuk pembelian kenderaan Proton.

PETALING JAYA – Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) berhasrat menjadi pengedar automobil pilihan di negara ini dengan menyediakan pelbagai maklumat dan promosi terkini serta meluaskan rangkaian pelanggannya selama 365 hari setahun.

Usaha ini dapat direalisasikan melalui pengenalan laman web terbaharu EON yang merupakan pengedar Proton terbesar di Malaysia.

Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM dan Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial berkata, laman baharu yang direka khusus itu akan dapat memenuhi keperluan masyarakat masa kini dengan menampilkan pelbagai fungsi baharu untuk memudahkan mereka mencari model-model kenderaan Proton.

“Platform bersepadu ini akan membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat tentang promosi terbaharu, menempah pandu uji kenderaan, membuat temu janji servis kenderaan, malah juga menyediakan pengiraan pinjaman kenderaan.

“Ia semuanya di hujung jari pelanggan di mana sahaja mereka berada,” katanya dalam kenyataan.

Akkbar

EON yang memiliki sembilan cawangan menjelaskan, melalui laman web tersebut, pelanggan juga berpeluang menempatkan diri ke ruangan utama ‘bilik pameran’ syarikat.

“Ruang pameran maya membolehkan pelanggan meninjau dan menempah pelbagai jenis model kereta Proton,” jelasnya.

Selain itu, Akkbar memaklumkan, jenama yang mempunyai kehadiran dalam online secara menyeluruh bakal memperoleh manfaat kejayaan.

“Laman web bukan sahaja menawarkan peluang besar untuk pertumbuhan perniagaan, tetapi juga telah menjadi teras kepada proses pembelian kereta masa kini.

“Laman baharu ini tepat pada masanya kerana lebih daripada 80 peratus pembeli kereta di Malaysia menyelidik secara online dahulu sebelum membuat pembelian.

“Sehubungan itu, adalah amat perlu bagi syarikat untuk mempunyai sebuah laman web dan boleh berfungsi baik melalui komputer peribadi, telefon pintar dan tablet,” jelasnya.

Selain daripada pengedaran dan rangkaian selepas jualan yang luas, EON juga menyediakan penyelesaian khusus untuk pelanggan korporat di bawah Program Kenderaan Flit Proton yang disasarkan kepada pengendali kenderaan flit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI