fbpx

1 tan daun bawang dari China disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kotak berisi daun bawang yang cuba diseludup dari China dirampas Maqis Johor dalam pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri, Johor petang semalam. - Foto IHSAN MAQIS

ISKANDAR PUTERI – Tindakan tidak bertanggungjawab pihak pengimport yang cuba membawa masuk sayur-sayuran segar bernilai RM5,184.97 tanpa permit berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Maqis Johor dalam satu kenyataan memberitahu, perbuatan itu dikesan pihaknya di Pelabuhan Tanjung Pelepas, pada pukul 3 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan rutin dijalankan, pegawai penguatkuasa Maqis telah menemui 100 kotak sayur berisi daun bawang seberat 1,000 kilogram (kg) bernilai RM5,184.97 cuba dibawa masuk tanpa permit import ke negara ini dari China.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan meletakkan daun bawang bersama pelbagai jenis sayur lain yang mempunyai permit import bagi mengelirukan pegawai pemeriksa,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, sehubungan itu kesemua daun bawang terbabit telah disita untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI