fbpx

Anak monyet diseksa, dibakar untuk hiburan online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sindiket seksa haiwan ini dikesan beroperasi di Indonesia dan membuka tawaran pembelian kepada penduduk di AS secara virtual. - Action For Primates

LOS ANGELES – Sebuah organisasi tidak bermotifkan keuntungan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Lady Freethinker mendakwa telah mengesan satu sindiket online yang menawarkan khidmat mendera anak monyet untuk tujuan hiburan, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Menurut kenyataan Lady Freethinker, kumpulan haram dipercayai beroperasi dari Indonesia itu akan membuka tawaran kepada mana-mana ahli untuk membeli anak monyet secara maya  dan boleh menghantar permintaan untuk menyeksa haiwan itu sebagai satu bentuk hiburan atau gurauan.

Anak-anak monyet itu diseksa dengan dahsyat seperti diikat pada pokok dan dilibas dengan cemeti, dibaringkan di atas api dan bermacam-macam lagi.

Antara bentuk seksaan yang dilakukan terhadap anak monyet bagi memenuhi permintaan pembeli online. – Action For Primates

Ahli-ahli sindiket tersebut juga boleh membeli anak monyet secara persendirian atau memilih untuk berkongsinya dengan menjadikan haiwan itu sebagai harta komuniti.

Lady Freethinker dan sebuah lagi pertubuhan,  Action for Primates menyeru pengguna platform media sosial dan video untuk melaporkan sebarang video berkaitan penyeksaan haiwan agar aktiviti tersebut segera dihentikan.

Agensi penguatkuasaan undang-undang AS dan pihak berkuasa Indonesia juga telah diberitahu mengenai  penyeksaan terhadap monyet dan anggotanya bagi siasatan lanjut.

“Penderitaan anak-anak monyet itu bukan sekadar gurauan dan sangat menyakitkan hati. 

“Media sosial boleh dan sepatutnya menjadi platform lebih baik dalam menghentikan penyeksaan ke atas haiwan untuk hiburan dan demi mengaut keuntungan,” kata seorang jurucakap Lady Freethinker. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN