fbpx

Saman RM300 jika tidak perbaharui lesen selepas 30 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada pemandu bas sekolah di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus menyaman sebanyak RM300 kepada pengguna jalan raya sekiranya didapati gagal memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu (LLM) dan lesen vokasional (GDL/PSV) selepas 30 September ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, tempoh moratorium pembaharuan lesen sudah tiga kali dilanjutkan dan pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan selepas tempoh tersebut.

“Penguatkuasaan bersama pihak polis akan dilakukan selepas tempoh tersebut selepas kelonggaran diberikan kepada pengguna jalan raya sebelum ini.

“Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya yang memiliki LKM, LLM dan GDL/ PSV perlu mempunyai dokumen sah pada 1 Oktober depan. Mereka boleh memperbaharui lesen dalam baki tempoh masa yang ada ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Program JPJ Prihatin Rakyat di Terminal Bas Lembah Sireh di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI