fbpx

Ramai tak tahu negeri berada di fasa berapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat MKN pada hari ini meluluskan pergerakan Perlis ke Fasa Ketiga PPN.

PETALING JAYA – Orang ramai dilihat kelam-kabut menyemak semula status negeri yang diduduki kini berada di fasa keberapa susulan pengumuman kemudahan bagi individu lengkap dua dos yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Apa yang melucukan, banyak komen-komen netizen yang meluahkan rasa lega apabila dibenarkan untuk ‘dine-in’ di kedai makan tetapi angan-angan itu meleset sebaik sahaja mengetahui mereka kini berada di negeri Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Antara kemudahan diumumkan yang dilihat membuat orang ramai teruja ialah kebenaran rentas daerah, dine-in di kedai makan dan pelancongan dalam negeri.

Bagaimanapun, ramai yang terlepas syarat penting di mana kemudahan itu hanya diberikan kepada penduduk di negeri Fasa Dua dan seterusnya sahaja.

“Punya seronok dengar boleh rentas daerah, tiba-tiba ibu cakap Selangor masih Fasa Satu, rentas daerah Fasa Dua ke atas je boleh. Hancur harapan,” kata Fiqa Sharafana.

“Untunglah jadi penduduk negeri Fasa Dua, jangan seronok sangatlah. Fasa Dua boleh jadi Fasa Satu semula,” kata Khairul.

“Mak seronok kata dah boleh dine-in, tapi aku bagitahu mak itu untuk Fasa Dua ke atas je lah. Mak tanya aku balik kita fasa berapa ya? Haha,” kata mmyra.

“Jadi kesimpulannya, yang dah lengkap vaksin tapi masih di negeri Fasa Satu, kekal duduk di rumah sahaja lah,” kata AienAthira.

Tinjauan Kosmo! di media sosial juga mendapati masih ramai yang tidak tahu status negeri yang diduduki mereka ketika ini.

Untuk makluman, negeri yang berada di Fasa Satu PPN ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kedah. Negeri di Fasa Kedua PPN pula ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

Manakala negeri yang sudah memasuki Fasa Ketiga pula ialah Perlis, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak. – K! ONLINE

  • Fasa 1 PPN
    Kedah
    Selangor
    WP Kuala Lumpur
    WP Putrajaya
    Negeri Sembilan
    Melaka
    Johor
  • Fasa 2 PPN
    Pulau Pinang
    Perak
    Pahang
    Terengganu
    Kelantan
    Sabah
  • Fasa 3 PPN
    Perlis
    WP Labuan
    Sarawak
  • Fasa 4 PPN
    Tiada Negeri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI