SHAH ALAM – Walaupun kes harian Covid-19 di Selangor masih tinggi namun tidak sesekali mematahkan semangat petugas kesihatan untuk terus memerangi pandemik itu.
Tekad kira-kira 30,000 petugas di negeri ini diterjemahkan menerusi video terbitan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
Video Kita Takkan Mengalah berdurasi lebih tiga minit di laman YouTube itu meraih sebanyak 10,000 tontonan sejak dimuat naik semalam.
Menerusi video itu, kumpulan petugas kesihatan termasuk yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dilihat mengangkat tangan sambil melaungkan ungkapan tidak akan mengalah bagi memerangi Covid-19.
Mereka antaranya terdiri daripada kakitangan hospital, Pusat Kesihatan Daerah (PKD), klinik kesihatan, skuad vaksin bergerak dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Selangor.
Tambah menyentuh perasaan apabila Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Shaari Ngadiman turut sebak ketika menyeru rakyat bekerjasama membendung penularan pandemik. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929