fbpx

Bomba bantu keluarkan mayat lelaki positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala sedang mengeluarkan mangsa di kediamannya, semalam.

PETALING JAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan khidmat khas dengan membantu mengeluarkan mayat seorang lelaki yang meninggal dunia akibat Covid-19 di kediamannya di Taman Indah Jaya, dekat sini semalam.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala dikerah ke kediaman mangsa untuk membantu mengeluarkan mayat.

“Petugas yang lengkap berpakaian pelindung diri (PPE) membantu membawa turun mayat yang berada di bilik tingkat satu, rumah teres dua tingkat itu.

“Kematian mangsa yang berusia 41 tahun itu disedari ahli keluarganya kira-kira pukul 12.30 tengah hari,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada 29 Julai lalu.

“Selain mangsa, dua lagi adiknya turut dijangkiti virus sama dan menjalani kuarantin di kediaman berkenaan atas arahan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sebelum meninggal dunia, keluarga memaklumkan mangsa mengalami kesukaran bernafas dan meracau kira-kira pukul 5.30 pagi sebelum tidak sedarkan diri,” ujarnya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI