fbpx

Vaxxed To Go untuk pelancong yang lengkap divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Industri pelancongan dijangka kembali aktif dengan pelbagai tawaran menarik kepada pelancong. yang lengkap divaksin. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Agoda telah melancarkan kempen Vaxxed To Go untuk menyokong usaha imunisasi di seluruh negara Malaysia. 

Pengarah Negara, Malaysia dan Brunei, Cleland Robertson berkata, melalui kempen tersebut, rakan-rakan perhotelan bakal menawarkan  insentif kepada pelancong yang telah mendapat dos vaksin lengkap dengan  faedah tambahan seperti menaik taraf bilik atau diskaun makanan dan minuman.

“Dengan adanya kempen Vaxxed To Go Agoda, para pengusaha penginapan boleh memberikan sokongan kepada usaha vaksinasi kebangsaan dan meraih manfaat daripada tempahan  pelancong yang sedang mencari cara selamat serta berbaloi untuk melancong.

“Tawaran istimewa serta faedah tambahan yang ditawarkan dalam kempen Vaxxed To Go hanya terbuka kepada mereka yang boleh menunjukkan bukti vaksinasi lengkap ketika mendaftar masuk bagi melindungi   pelancong lain serta kakitangan di tempat penginapan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Robertson berkata, setelah berbulan menjalani perintah kawalan pergerakan, ramai rakyat Malaysia tidak sabar untuk melancong semula apabila ia dibenarkan kelak. 

Tambah beliau, melalui kempen Vaxxed To Go, tempat penginapan juga akan menyenaraikan pakej-pakej khas untuk aktiviti pelancongan lain dan juga tawaran spa. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI