PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai pelawak terkenal sekali lagi menjadi perhatian di media sosial apabila dikaitkan dengan sebuah video tular yang mendakwa dirinya sedang berurusan dengan seorang lelaki dalam urusan yang dicurigai.
Menerusi rakaman video tersebut, pelawak daripada sebuah kumpulan terkenal itu juga dilihat mengamuk apabila menyedari perbuatannya itu sedang dirakam.
Dia dilihat keluar dari kenderaan yang dipandunya dan terus meluru ke arah perakam dan seperti berlaku pertelingkahan.
“Woi! Hang rakam apa?,” jerkah pelawak tersebut.
Video itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Twitter malam tadi dan sehingga kini telah ditonton lebih 55,000 kali.
Sehingga kini, identiti pelawak itu masih belum dikenal pasti. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929