fbpx

Mayat lelaki tergantung di dahan pokok duku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menurunkan mayat seorang lelaki yang ditemui tergantung pada dahan pokok duku dalam kejadian di Kampung Paya Mengkuang, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor petang hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

ISKANDAR PUTERI – Mayat seorang pemuda ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok duku di Kampung Paya Mengkuang, Gelang Patah di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 23 tahun itu ditemui pada pukul 4.26 petang dalam keadaan tergantung dengan tali.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki berumur 23 tahun ditemui telah mengantungkan diri di dahan sebatang pokok setinggi 10 kaki.

“Anggota bertugas mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menurunkan mangsa menggunakan tangga dan alat pengusung,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Anuar berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelasnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada pukul 5.53 petang hari ini.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI