fbpx

Ismail Sabri dakwa Istana Negara sudah tidak terima SD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Istana Negara tidak lagi menerima sebarang surat Akuan Bersumpah (SD) daripada mana-mana pihak bagi menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan perkara itu dibawa ke sidang Parlimen pada September ini untuk diputuskan.

Justeru, kata beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan tindakan yang bertentangan dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong

“Kenyataan Presiden UMNO yang beliau akan menghantar nama lagi adalah bertentangan dengan perkenan dan keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi kami Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang setia kepada Yang di-Pertuan Agong akan patuh kepada titah baginda iaitu apa-apa perkara yang mahu diselesaikan berkaitan kerajaan perlu dilakukan di Parlimen,” katanya pada sidang akhbar bersama 20 Ahli Parlimen BN yang lain di ibu negara hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI