fbpx

Cari pemilik Ford Ranger Raptor di JPJ sebagai bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular gambar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor yang dikaitkan dengan Muhammad Sanusi, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor meminta mana-mana pihak yang mengaitkannya dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda baharu jenis Ford Ranger Raptor agar membuat carian pemilik kenderaan itu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Boleh siasat di JPJ. Saya ada duit, boleh beli. Sampai kereta pun hampa ikut (perkembangan), bukan kereta (harga) juta-juta pun.

“Saya (jika) nak beli apa pun, insyallah, saya beli, yang tak ada duit (untuk beli itu) saya (akan) hutang dari bank (dengan) buat ‘loan’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar tular kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor yang didakwa diletakkan di satu kawasan di Sik dekat sini, baru-baru ini.

Pada 19 Julai lalu, K! ONLINE melaporkan Muhammad Sanusi telah menjelaskan kompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam di Pulau Pinang pada Jun lalu.

Sebelum ini, laporan polis dibuat seorang individu selepas gambar yang mendakwa beberapa individu termasuk Muhammad Sanusi memandu uji kenderaan jenis Ford Ranger Raptor di pusat jualan dan pameran kenderaan di Auto City Juru ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh tersebar di media sosial. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI