fbpx

Tapak pelupusan tayar terbesar dunia terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepulan asap hitam dirakam di tapak pelupusan tayar terbesar dunia yang terletak di tengah-tengah gurun di Kuwait. - The Sun

SULAIBIYA, Kuwait – Sebuah tapak pelupusan tayar terbesar di dunia dilaporkan terbakar dengan  kepulan asap hitam dapat dilihat menerusi rakaman satelit, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Pusat pembuangan tayar gergasi seluas 2.4 hektar  itu digali di sebuah kawasan  berpasir di wilayah Sulaibiya, Kuwait dan dan menyimpan sekitar tujuh juta tayar.

Empat syarikat bertanggungjawab mengendalikan tapak berkenaan dan dipercayai menjana pendapatan lumayan hasil daripada bayaran pelupusan.

Bagaimanapun. banyak pihak mempersoalkan tindakan menyimpan bahan mudah terbakar seperti tayar di Kuwait yang mencatatkan suhu panas ekstrem sekitar 50 darjah Celsius.

Susulan kritikan itu, kerajaan Kuwait telah mula menangani lambakan tayar sebanyak 30 tan itu dengan  hampir 52 juta tayar lama  daripadanya dibuang di pelbagai lokasi di negara itui.

Selain itu, pemerintah  juga bercadang membuang 95 peratus tayar lama di negara itu untuk dikitar semula sekali gus mengosongkan tapak-tapak pembuangan tayar  bagi membangunkan  kawasan perumahan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI