fbpx

Kerajaan tambah bekalan vaksin di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MUAR – Kadar pemberian vaksinasi di Johor dijangka dapat ditingkatkan susulan pertambahan bekalan dos yang bakal diterima tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebanyak 1.5 juta dos vaksin akan dihantar ke negeri ini sebelum ditambah kepada 1.7 juta dos bagi membolehkan sekurang-kurangnya 40 peratus penduduk dewasa selesai menerima suntikan sebelum 31 Ogos ini.

“Melihat situasi di Johor, macam mana yang telah dibuat untuk negeri-negeri lain, saya lihat peratusannya hanya 20 peratus lebih berbanding dengan sesetengah negeri yang sudah sampai sehingga 70 peratus.

“Saya telah mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bersama Menteri Kesihatan supaya mengkaji perkara ini dan dikatakan sekurang-kurangnya 1.5 juta dos akan dihantar ke Johor berbanding 1.3 juta dos sahaja,” katanya selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dataran Felda Batu 27, Lenga di sini hari ini.

Jelas Muhyiddin, pihaknya bukan tidak mahu membekalkan vaksin, namun berdepan masalah bekalan sehingga menyebabkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 terpaksa membeli vaksin tambahan daripada Pharma Niaga.

“Memanglah selaku orang Johor saya berminat nak tengok, tetapi bukan masalah tidak mahu bekal, masalah dihadapi kerana bekalan kita tempah tidak sampai mengikut waktu sehingga terpaksa membeli vaksin tambahan daripada PharmaNiaga untuk menampung bekalan.

“Sebab itu Menteri telah berjumpa Menteri Besar Johor dan saya beritahu untuk jumpa mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memberikan penjelasan,” tambahnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI