fbpx

Kendall Jenner disaman RM7.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kendall ketika sesi fotografi kempen koleksi pakaian musim panas 2020 Liu Jo. - ELLE

BANDAR RAYA NEW YORK – Model popular, Kendall Jenner berdepan tuntutan saman sebanyak AS$1.8 juta (RM7.6 juta) selepas didakwa gagal menghadiri  sesi fotografi bersama pereka fesyen Itali, Liu Jo.

Menurut lakhbar Daily Mail kelmarin, Jenner memilih untuk tidak hadir pada sesi fotografi itu berikutan situasi Covid-19  yang semakin buruk di Itali.

Jenner, 25, dilaporkan setuju untuk menjalani sesi fotografi bagi dua koleksi pakaian jenama tersebut, namun gagal menyempurnakan tugasan kedua kerana Covid-19.

Wakil pengurusan Jenner menegaskan bahawa sesi fotografi itu sepatutnya tidak diadakan kerana terdapat pertembungan jadual dan menawarkan untuk mengadakan semula sesi berkenaan  di Amerika Syarikat.

Namun, Liu Jo  bertegas menuntut ganti rugi dengan alasan pihak Jenner enggan berbincang secara baik untuk menyelesaikan isu tersebut.

Jenner  telah menerima bayaran awal sebanyak AS$1.3 juta (RM5.5 juta) pada Februari tahun. Sesi fotografi itu sepatutnya diadakan pada Oktober tahun lalu.

Liu Jo menuntut bayaran itu dikembalikan beserta ganti rugi tambahan, menjadikan jumlah keseluruhan saman mencecah RM7.6 juta.

Pada tahun 2019, Jenner  dilaporkan bersetuju untuk menjadi model bagi dua koleksi pakaian Liu Jo iaitu musim bunga/panas dan musim luruh/sejuk 2020.

Apabila wabak Covid-19 semakin serius menjelang hujung tahun lalu, model itu  didakwa enggan melakukan baki sesi fotografi bagi koleksi musim luruh dan sejuk pereka fesyen tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI