fbpx

82 peratus kakitangan TNB telah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 82 peratus daripada kira-kira 35,000 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, vaksinasi menjadi keutamaan TNB berikutan sebahagian kakitangannya perlu berada di lapangan.

“Operasi TNB adalah perkhidmatan perlu dalam usaha negara memerangi Covid-19 khususnya memastikan bekalan elektrik kekal stabil di lokasi-lokasi strategik.

“Ia termasuk hospital, pusat kesihatan, pusat simpanan vaksin dan pusat pemberian vaksin. TNB melaksanakan kempen dalaman bagi menggalakkan seramai mungkin anggota kerjanya mendaftar untuk menerima vaksin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharin berkata, TNB mendapatkan kerjasama pihak berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri bagi memudahkan kakitangannya yang bertugas di barisan hadapan mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Menurut beliau, TNB turut menubuhkan pasukan bertindak khusus untuk program vaksinasi dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi anggota kerjanya.

Kata beliau, TNB memandang serius keperluan untuk kakitangannya mendapatkan vaksinasi kerana ia membantu usaha negara memulihkan keyakinan perniagaan dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi.

Tambah beliau, bagi menyokong Pelan Pemulihan Negara, TNB menetapkan hanya kakitangannya yang telah menerima vaksin dibenarkan bekerja di lapangan.

“Selagi boleh warga kerja TNB masih digalakkan untuk bekerja dari rumah,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI