fbpx

73 amaran akibat gagal tukar harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan sebanyak 73 amaran kepada peniaga yang didapati gagal untuk membuat perubahan harga minyak masak sawit tulen botol 1 kilogram hingga 5 kilogram.

Jumlah itu adalah daripada 981 pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis-premis runcit di seluruh negara sejak 1 Ogos hingga 4 Ogos lalu bertujuan memastikan peniaga mematuhi Perintah Kawalan Harga (Penentuan Harga Maksimum) (NO.6) 2021.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, konsep penguatkuasaan harga maksimum ini adalah sebagai penanda aras atau harga siling kepada peniaga agar tidak menjual melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan.

“Konsep ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk mengawal situasi kenaikan harga yang tidak terkawal terhadap barang keperluan tertentu rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman berkata, pendekatan pemeriksaan yang lebih ‘deterrent’ akan dilaksanakan dengan mengambil tindakan kes di bawah peruntukan Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata, penalti sehingga RM100,000 boleh dikenakan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya kepada individu jika sabit kesalahan di mahkamah atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI