fbpx

PTP antara 20 pelabuhan terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) merupakan satu-satunya pelabuhan yang tersenarai dalam 20 Pelabuhan Terbaik Dunia mencatat peningkatan dalam kedudukan ‘ranking’ mereka bagi tahun 2020.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, prestasi memberangsangkan itu ekoran kejayaan PTP merekodkan kadar pertumbuhan sebanyak 8.5 peratus bagi tahun lalu.

Ka Siong juga yakin PTP mampu mencatat kadar pertumbuhan dua digit tahun ini berdasarkan prestasi cemerlang direkodkan setakat ini.

“Saya yakin tahun 2021 kadar pertumbuhan PTP dijangka lebih baik. Kalau tahun lalu kita (PTP) mengendalikan 9.8 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU), tahun ini kita mampu mengendalikan hampir 11 juta TEU.

“Berdasarkan prestasi ditunjukkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, peningkatan dua digit bakal disaksikan menjelang hujung tahun,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas melawat Pusat Vaksinasi Industri di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini hari ini.

Ka Siong memberitahu, kejayaan itu direkodkan walaupun dalam tempoh seluruh dunia sedang mengalami masalah akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI