fbpx

Perluasan penyelesaian ringgit-rupiah dikuat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BNM berpandangan bank-bank pusat akan terus membuat pelarasan dasar monetari bagi mengurangkan tekanan inflasi berikutan harga komoditi tinggi dan permintaan kukuh. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) mengumumkan perluasan rangka kerja penyelesaian ringgit-rupiah, yang mula dilancarkan pada Disember 2017

Perluasan yang berkuat kuasa semalam itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan langsung antara Malaysia dengan Indonesia.

BNM dan BI menerusi ke­n­yataan yang dikeluarkan secara bersama berkata, selain perdagangan, rangka kerja itu juga diperluas bagi merangkumi pelaburan langsung, pendapatan dan pindahan sebagai transaksi asas yang layak.

“Rangka kerja ini juga memperluas pengguna yang layak seperti orang perseorangan dan dasar pertukaran asing tambahan yang fleksibel, misalnya keperluan dokumen yang le­bih ringkas bagi memudahkan pelaksanaan rangka kerja ini,” katanya.

Melalui perluasan berkenaan, BNM dan BI juga telah melantik beberapa lagi bank perdagangan yang berkelayakan di kedua-dua negara bagi menyokong pelaksanaan rangka kerja penyelesai­an ringgit-rupiah yang diperluaskan.

“Secara umumnya, bank-bank yang dilantik mempunyai pengalaman dalam memudahkan kegiatan perdagangan dan pelaburan langsung antara ke­dua-dua negara, mempunyai jumlah pelanggan yang besar dan telah mewujudkan hubungan perniagaan yang kukuh dengan bank-bank di negara rakan yang menjalinkan persefahaman ini,” katanya.

Di Malaysia, bank baharu yang dilantik ialah HSBC Bank Malaysia Bhd. dan MUFG Bank Malaysia Bhd. sebagai penambahan kepada bank sedia ada iaitu CIMB Bank Bhd., Hong Leong Bank Bhd., Maybank, Public Bank Bhd. dan RHB Bank Berhad.

Sementara bank tambahan yang dilantik di Indonesia pula adalah PT Bank HSBC Indonesia dan MUFG Bank Ltd. cawangan Jakarta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI