fbpx

Pakai gincu, memandu berkaki ayam boleh jadi mandul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEMANDU berkaki ayam boleh menjejaskan kesuburan seseorang. - AGENSI

LAGOS, Nigeria – Presiden Akademi Perubatan Khas Nigeria, Professor Oladapo Ashiru menyatakan bahawa aktiviti harian seperti memakai gincu, memandu berkaki ayam dan menggunakan racun serangga serta makhluk perosak boleh menyebabkan kemandulan, lapor sebuah laman berita semalam.

Ashiru berkata demikian semasa memberi syarahan sempena sesi pengenalan felo dan perasmian akademi itu di Lagos.

Menurutnya, tabiat pemakanan tidak sihat, stres dan makan hidangan stockfish (ikan yang dijemur tanpa garam) serta ikan mengandungi kandungan merkuri tinggi adalah toksik terhadap embrio sekali gus boleh menjadi punca utama kemandulan.

“Sebilangan wanita memandu tanpa memakai kasut kerana menganggap cara pemanduan itu lebih mudah.

“Ramai pesakit mengalami keguguran selepas menjalani proses kehamilan secara luar rahim (IVF) kerana pelapik atas pedal mengandungi mineral yang terbukti toksik terhadap embrio.

“Melainkan kita tidak menggunakan mineral tersebut dalam pembuatan pedal, ramai wanita sukar hamil atau sukar meneruskan kehamilan.

“Perkara serupa berlaku melibatkan merkuri yang terkandung dalam ikan besar dan stockfish di samping penggunaan gincu terutama sekali gincu murah kerana ia mengandungi banyak toksin,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI