fbpx

Rundingan perolehan vaksin Pfizer bagi bekalan 2022 sudah bermula 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy

PUTRAJAYA – Kerajaan mengesahkan sudah mengadakan rundingan bagi perolehan vaksin jenis Pfizer untuk pembekalan tahun 2022 namun, harga belum lagi dimuktamadkan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sidang akhbar mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

“Rundingan baharu sahaja bermula dan belum muktamadkan pembelian lagi termasuk harga jualan yang akan ditawarkan Pfizer.

“Apabila sudah dimuktamadkan (harga dan perolehan), saya akan maklumkan kepada media sama ada harga itu kekal sama atau telah berubah,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau juga sudah membentangkan perolehan vaksin itu kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Sebelum ini, firma Pfizer Inc. dan Moderna Inc. dilaporkan menaikkan harga dos vaksin Covid-19 keluaran mereka dan kenaikan harga itu terkandung dalam kontrak pembelian terbaharu Kesatuan Eropah (EU).

Difahamkan, satu dos vaksin Pfizer kini berharga 19.50 euros (RM97.65) naik daripada harga sebelumnya iaitu 15.50 euros (RM77.62). -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI