fbpx
Lokasi pangkalan tentera tersebut dikesan terletak di Niger, dekat dengan sempadan Libya. – Google Maps

Google Maps kesan pangkalan tentera rahsia berisi periuk api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY, NIGER – Seorang pengguna aplikasi Google Maps menemui sebuah pangkalan tentera rahsia di tengah Gurun Sahara yang dikelilingi oleh periuk api, lapor akhbar Daily Star semalam.

Berdasarkan gambar pemandangan dari udara yang dirakam  menggunakan aplikasi pemetaan Google Earth itu, fasiliti tersebut dikesan di negara Niger dekat sempadan Libya.

Imej itu memaparkan jalur landasan, beberapa bangunan, kenderaan dan pagar perimeter yang dikelilingi  ratusan kilometer gurun yang luas.

“Pangkalan rahsia! (di tengah-tengah Gurun Sahara),” tulis seorang pengguna Reddit yang berkongsikan imej tersebut di platform itu.

Kem tersebut yang dikenali sebagai Aerodrome Madama, merupakan lapangan terbang tentera Perancis yang berpusat di penempatan sempadan di sempadan timur laut Niger.

Pangkalan tersebut merangkumi jalur landasan sepanjang 1,800 meter serta dua kawasan parkir pesawat serta pad helikopter.

“Dikelilingi oleh periuk api dan 250 anggota tentera Perancis. Ini sesuatu yang gila! Penemuan yang menakjubkan,” kata seorang pengguna. – AGENSI 

BERITA BERKAITAN