fbpx

Orang ramai kutuk perhimpunan baju hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai mengutuk perbuatan penganjur serta peserta perhimpunan baju hitam yang diadakan di ibu kota hari ini.

Tinjauan Kosmo! di laman media sosial mendapati, rata-rata netizen mengecam perhimpunan tersebut kerana negara masih lagi berdepan dengan wabak pandemik Covid-19.

Kebanyakan netizen berkata, tindakan mereka itu bukan sahaja boleh menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 malah turut boleh mencetuskan kluster baharu ekoran terlalu ramai berkumpul di satu tempat pada masa sama sukar untuk menjaga penjarakan fizikal.

“Bila kerajaan, kata kerajaan gagal, habis tu kita sebagai rakyat dan juga individu, mana usaha berfaedah kita utk mengekang penularan wabak ini di saat kes makin meruncing? Ini ke?,” soal Ummi Fara.

“Ada orang yang melawat keluarga sendiri pun tak boleh kerana patuh undang-undang. Mereka ini boleh pula berkumpul. Kalau kita berkumpul seperti ini dengan ahli keluarga ramai-ramai agaknya kena tindakan tak?,” kata Jayy Hardy.

“Janganlah berkumpul. Saya dah kena Covid-19, kalau boleh tak mahu orang lain kena. Tolong jangan buat perkara yang boleh menyebabkan diri anda dijangkiti. Tolong jaga diri, jika sudah berjangkit, penganjur pun tidak akan ambil peduli. Kasihanilah petugas kesihatan kita,” kata Hanum.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan peserta perhimpunan tersebut dilihat memakai baju hitam berkumpul berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, di sini, sejak pukul 10 pagi tadi dipercayai bagi menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan.

Peserta perhimpunan berkenaan cuba untuk berarak ke Dataran Merdeka bagaimanapun terdapat anggota polis yang berkawal di kawasan tersebut bagi mengelakkan ia berlaku.

Setakat pukul 2 petang tadi difahamkan, perhimpunan tersebut berjaya disuraikan dalam keadaan aman. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI