fbpx

Kelirukan Dewan Rakyat, Speaker kecualikan diri buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Azizan

PETALING JAYA – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menegaskan pendiriannya mengecualikan diri daripada membuat apa-apa keputusan mengenai satu usul membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang juga merupakan abang kandungnya.

Azhar dalam satu kenyataan berkata, pejabatnya telah menerima satu Usul bertarikh 29 Julai oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran yang mempunyai hal-hal bersangkutan Peguam Negara.

“Sebagaimana diketahui umum, Tan Sri Idrus Harun adalah abang kandung saya. Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan untuk mengecualikan diri saya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai, berkenaan ataupun yang bagaimana jua pun berkaitan dengan Usul tersebut.

“Apa-apa keputusan berkaitan Usul tersebut saya serahkan kepada Timbalan-timbalan Yang di-Pertua mengikut kedudukan kekananan mereka iaitu, pertamanya, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan keduanya Datuk Sri Azalina Othman Said,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Azhar berkata, pihaknya tidak akan campur tangan di dalam apa cara sekalipun di dalam pelaksanaan tugas Timbalan-timbalan yang di-Pertua di dalam hal berkaitan.

Menerusi usul tersebut, Kulasegaran meminta supaya tindakan diambil terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.

Menurut surat yang dihantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat bertarikh 29 Julai itu, Kulasegaran berkata, kenyataan tersebut merujuk kepada ucapan Takiyuddin di Parlimen pada 26, 27 dan 28 Julai yang turut dianggap menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan tersebut katanya dibuat mengikut Peraturan Tetap 26 (1) (p) dan 36 (12)- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN