fbpx
Mesej yang mula tular hari ini adalah palsu dan tidak benar.

HPSF nafi terima pesakit dari kluster kilang di Kesang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR- Pihak pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, nafi bakal menerima 200 pesakit Covid-19 melibatkan kluster dari sebuah kilang di Kesang seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Pengarah HPSF Muar, Dr. Muhammad Yusof Sibert berkata, kewujudan sebuah dewan serba guna yang diubah suai sebagai wad Covid-19 hanya digunakan untuk keperluan sementara bagi menampung jumlah pesakit yang bergejala untuk tahap 1 dan 2.

Justeru, beliau memohon orang ramai agar berhenti daripada menyebarkan maklumat tidak sahih bertujuan mengelakkan panik dikalangan orang ramai khususnya waris pesakit lain yang sedang dirawat.

Terdahulu, mesej tular berkenaan menyatakan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting dinasihatkan agar tidak berkunjung ke HPSF berikutan keadaan membabitkan kes Covid-19 di hospital itu semakin kritikal.

“HPSF Muar tengah tunggu seramai 200 orang covid positif daripada sebelah Kesang iaitu kluster kilang ST. Dewan serba guna telah diubah suai menjadi tempat covid. Wad yang ada pun 90 peratus adalah kes Covid. Jaga diri masing-masing,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR