fbpx

120 jenazah Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini yang dikhususkan untuk jenazah Covid-19 telah menerima seramai 120 mangsa sejak 17 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan petugas kubur kawasan tersebut, Ahmad Nordin dengan kebanyakan jenazah dari sekitar daerah Klang iaitu dari Andalas, Kampung Jawa, Kampung Delek, Bukit Tinggi.

Katanya, secara purata kira-kira lima jenazah Covid-19 dikebumikan di tanah perkuburan itu setiap hari.

“Untuk hari ini, dianggarkan 21 jenazah Covid-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) dikebumikan secara berperingkat hari ini.

“Kawasan tanah perkuburan ini masih mampu memuatkan 500 jenazah lagi kerana terdapat beberapa ruang kawasan kubur yang masih boleh digunakan,” katanya ketika ditemui hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI